Thursday, November 30, 2023
25.8 C
Brunei

    -

    Ribut salji landa timur laut China

    BEIJING, 6 NOV — Salji lebat meliputi sebahagian besar kawasan timur laut China, menutup sekolah dan menghentikan pengangkutan dalam ribut salji utama pertama musim ini.

    Laluan utama di bandar timur laut Harbin, ibu negeri Heilongjiang, telah ditutup dan penerbangan dibatalkan, kata penyiar negara China, CCTV. Sekolah rendah dan menengah juga membatalkan kelas hari ini.

    Pusat Meteorologi Kebangsaan berkata hari ini salji yang turun mungkin akan ‘memecahkan rekod sejarah’ untuk tempoh yang sama. Ribut salji lebat dijangka akan berterusan di sebahagian wilayah Mongolia, Heilongjiang, Jilin dan Liaoning, dengan kedalaman salji mencecah 20 sentimeter di beberapa tempat.

    Gambar yang diterima menunjukkan trak penghantaran terkandas dalam keadaan amat sesak antara satu sama lain, terbentang sejauh satu kilometer di luar bandar.

    Bandar Chaoyang di negeri jiran Liaoning dan Chifeng di negeri Inner Mongolia juga menutup sekolah dan tadika mereka.

    Pihak berkuasa cuaca China mengeluarkan amaran jingga pagi ini hingga esok, yang merupakan kedua tertinggi dalam skala empat. – AFP

    Orang ramai menyodok salji di jalan Shenyang kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    China gesa gencatan senjata menyeluruh segera

    BEIJING, 30 NOV - China hari ini menggesa ‘gencatan senjata kemanusiaan yang berterusan’ dalam konflik Israel-Hamas dalam kertas jawatan yang dikeluarkan oleh kementerian luarnya. "Pihak-pihak...