Thursday, April 24, 2025
29.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ribut Salji Stella badai negeri Pantai Timur AS

    WASHINGTON, 13 Mac – Hampir separuh negeri-negeri di Amerika Syarikat terperangkap dalam ribut salji hari ini, dengan kawasan Pantai Timur paling teruk dilanda. Musim bunga mungkin tidak lama lagi menyusul selepas musim sejuk hangat yang luar biasa melanda di rantau itu, namun ribut kuat yang digelar Ribut Salji Stella sedang membentuk berhampiran pantai ketika dua sistem tekanan rendah bertembung, menenggelamkan sebahagian besar dari tengah Appalachian hingga ke New England sehingga 18 inci (46sm) salji.

    Perkhidmatan Kaji Cuaca Kebangsaan memberi amaran yang ribut itu boleh membawa catatan rendah suhu pada lewat hari ini hingga esok, serta ‘keadaan ribut salji berlaku, perjalanan sukar dan putus bekalan elektrik.”

    Amaran ribut salji itu telah dikeluarkan bagi New York, dengan keadaan salji dijangka membuatkan perjalanan ‘sangat berbahaya’, menurut perkhidmatan kaji cuaca. Amaran ribut salji dikeluarkan bagi kawasan-kawasan dari Washington hingga ke selaran Maine.

    Angin kencang bertiup kira-kira 60 batu sejam (97km) juga dijangka.

    Perkhidmatan kaji cuaca juga mengingatkan yang turunan jumlah salji akan menjadikan perjalanan sangat berbahaya, namun jika ia hal kecemasan, pemandu juga dinasihatkan untuk membawa lampu suluh tambahan, makanan dan air dalam kenderaan.

    Ratusan penerbangan juga dibatalkan menjelang kedatangan ribut itu, menurut perkhidmatan penjejakan, FlightAware. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda