Sunday, April 2, 2023
22.4 C
Brunei

-

Ribut tropika, 30 maut

DAKAR, SENEGAL, 31 JAN – Angka kematian akibat ribut tropika yang membadai Madagascar meningkat kepada 30 orang, manakala 20 lagi masih hilang, menurut pihak berkuasa kelmarin.

Ribut Tropika Cheneso mula mendarat di timur laut Madagascar pada 19 Januari, menyebabkan hujan lebat dan banjir kilat, lapor agensi Anadolu.

Mangsa yang terjejas meningkat kepada 89,000 orang, menurut Pejabat Pengurusan Risiko dan Bencana Madagascar dalam kemas kini terbaharu.

Ribut berkenaan menjejaskan 17 daripada 22 wilayah di pulau itu.

Lebih 23,600 kediaman dinaiki air, manakala sekurang-kurangnya 500 rumah musnah sepenuhnya.

Infrastruktur awam termasuk jalan raya, jambatan, kemudahan kesihatan dan sekolah turut mengalami kerosakan.

Sementara itu, hujan lebat diramal berlaku di barat, barat laut dan timur Madagascar untuk tempoh beberapa hari akan datang, menurut agensi itu.

Pada Januari 2022, Ribut Tropika Ana mengorbankan lebih 80 nyawa di Madagascar, Mozambique dan Malawi. – Bernama

Seorang lelaki mengemudi botnya yang digunakan oleh penduduk untuk bergerak di sekitar jalan yang dibanjiri air hujan di Antananarivo, Madagascar, baru-baru ini. – AP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Hayashi bakal lawat China di tengah-tengah ketegangan

TOKYO, 31 MAC - Menteri Luar Jepun, Yoshimasa Hayashi hari ini berkata beliau akan mengadakan lawatan ke China hujung minggu ini untuk berbincang dengan...
- Advertisment -