Ricciardo tawan GP Itali

MONZA, ITALI, 13 SEPT – Daniel Ricciardo memenangi perlumbaan Frand Prix Itali semalam ketika Max Verstappen dipersalahkan oleh pengelola Monza atas kemalangan dramatik dengan Lewis Hamilton, berkata peranti keselamatan gegelung titanium telah ‘menyelamat kepalanya.’

Kemalangan yang menimpa dua musuh ketat, Lewis Hamilton dan Max Verstappen dimanfaatkan sepenuhnya oleh Daniel Ricciardo untuk muncul juara Grand Prix Formula Satu Itali itu.

Malah, pasukan McLaren mengambil kesempatan penuh atas nasib malang dua pelumba teratas kejuaraan dunia itu apabila mengungguli kedudukan 1-2 selepas seorang lagi pemandu mereka, Lando Norris muncul naib juara.

Rakan Hamilton dalam pasukan Mercedes, Valtteri Bottas melengkapkan kedudukan ketiga.
Ricciardo, 32, mempamer pemanduan bertenaga selepas bermula dari petak kedua dan kemalangan dramatik di Monza yang berlaku ketika Hamilton keluar dari hentian pit dimanfaatkan sebaiknya. Verstappen berang kerana Hamilton tidak memberi ruang dan kemalangan itu akan disiasat oleh pegawai perlumbaan sebaik sahaja perlumbaan berakhir.

Kejayaan Ricciardo dan Norris adalah yang pertama buat McLaren dalam tempoh 11 tahun.
Pelumba Red Bull, Verstappen yang menerajui kedudukan keseluruhan dengan lima mata mengatasi juara dunia tujuh kali, Hamilton, mesti menjalani penalti tiga kedudukan di Grand Prix Rusia dalam masa dua minggu atas peranannya dalam nahas itu.

“Saya rasa saya bernasib baik hari ini,” kata Hamilton.

“Saya tidak fikir saya pernah dihentam di kepala oleh sebuah kereta…dan ia merupakan satu kejutan besar bagi saya.” – AFP

Daniel Ricciardo dan pemenang ketiga Valtteri Bottas merai kemenangan di podium selepas perlumbaan Grand Prix Formula Satu di litar Autodromo Nazionale di Monza pada 12 September 2021. – AFP