Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Richards lengkapkan perpindahan ke Palace

    LONDON, 28 JULAI – Crystal Palace mengesahkan penyertaan masuk pemain bek tengah Amerika Syarikat (AS), Chris Richards dari Bayern Munich, kelmarin.

    Richards, 22, menandatangani kontrak perjanjian selama lima tahun dengan kelab selatan London, yang telah membayar Bayern dengan yuran perpindahan berjumlah kira-kira AS$15 juta.

    Pemain yang berasal dari Bir-mingham, Alabama itu telah menyertai pasukan Palace, di mana Marc Guehi dan Joachim Andersen telah diunjurkan sebagai barisan pemain permulaan, dengan James Tomkins juga bersaing untuk mendapatkan masa perlawanan.

    Richards akan bersaing untuk merebut tempat dalam senarai kesebelasan pada Piala Dunia AS.

    “Saya sangat teruja untuknya,” kata Richards mengenai perpindahannya ke Palace. “Ia adalah projek yang menarik perhatian saya. Ramai pemain muda tetapi juga banyak menunjukkan semangat suka bersaing.

    “Palace adalah sebuah kelab bola sepak yang dilihat seperti mereka selalu berjuang,” katanya.

    Richards tiba di Bayern dari akademi pasukan Dallas Liga Bola sepak Utama pada empat tahun lalu. Beliau membuat penampilan sulungnya dalam Bundesliga pada Jun 2020 semasa melawan Freiburg, beraksi dalam tiga liga dan tiga Liga Juara-Juara, kemudian membuat perpindahan secara pinjaman ke Hoffenheim pada separuh kedua musim dan membuat 10 penampilan Bundesliga serta dua Liga Europa.

    Selepas penampilan sementara dalam Bundesliga bersama Bayern pada permulaan musim terakhir, beliau dipindahkan semula secara pinjaman ke Hoffenheim, berjaya menjaringkan satu gol dalam 19 penampilannya dalam Bundesliga, menentang Freiburg pada 11 Disember lalu. – AP

    Gambar fail Chris Richards beraksi semasa mengawal bola ketika menentang Costa Rica dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia FIFA CONCACAF di Columbus, Ohio, 13 Oktober 2021. – AP
    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...