Saturday, April 19, 2025
31.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Richemont, Alibaba jalin kerjasama

    ZURICH, 26 Okt – Kumpulan barangan mewah Swiss, Richemont mengumumkan hari ini satu perkongsian dengan syarikat gergasi e-dagang China, Alibaba, untuk memajukan platform di China bagi produk mewah.

    Di bawah perjanjian itu, unit Internet Richemont, Yoox-net-porter dan Alibaba akan menubuhkan satu usaha sama dengan dua aplikasi telefon bimbit iaitu Net-a-Porter dan Mr Porter, untuk memberikan perkhidmatan kepada pasaran China, menurut satu kenyataan.

    Net-a-Porter dan Mr Porter juga boleh diperoleh di laman mewah Alibaba, Tmall Luxury Pavilion, yang dilancarkan pada tahun lalu.

    Kedua-dua syarikat juga bersetuju untuk meninjau peluang lain untuk mengembangkan pasaran barangan mewah di China.

    “Tawaran digital kami di China baru sahaja bermula,” kata ketua Richemont, Johann Rupert dalam kenyataan.

    Richemont, yang menduduki tempat kedua di belakang firma Perancis LVMH, baru-baru ini menumpu pada jualan di Internet, satu sektor yang melambung dalam industri barangan mewah di mana China dilihat sebagai salah satu pasaran paling penting.

    Platform Net-a-Porter membawa jenamanya sendiri serta jenama pesaing, bertujuan menjadi kedai sehentian untuk golongan yang suka fesyen.

    Alibaba ialah salah satu operasi e-dagang terbesar di dunia, dengan jualan berjumlah hampir AS$40 bilion dalam tahun kewangan terakhirnya sehingga Mac 2018. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda