Thursday, April 18, 2024
28.5 C
Brunei

    -

    Ricky Martin didakwa lakukan keganasan domestik

    Satu aduan dibuat terhadap penyanyi Ricky Martin di bawah Akta Pencegahan Keganasan Domestik dan Intervensi di Puerto Rico atas dakwaan melakukan keganasan domestik terhadap seorang individu yang dirahsiakan identitinya.

    Walau bagaimanapun, tiada sebarang laporan polis dibuat berhubung kes tersebut dan pendakwa hanya memohon perintah mahkamah agar Martin tidak menghubungi atau menghampiri mangsa.

    Menafikan dakwaan yang dibuat, wakil kepada penyanyi tersebut memberitahu segala penipuan tersebut bakal terjawab dengan bukti yang kukuh.

    “Tuduhan terhadap Ricky Martin yang membawa kepada perintah mahkamah itu adalah tidak benar dan rekaan semata-mata.

    “Kami sangat yakin semua tuduhan akan terjawab apabila fakta sebenar dikeluarkan,” jelas wakil penyanyi itu yang dipetik oleh People.

    Sementara itu, pihak polis Puerto Rico telah memaklumkan bahawa me-reka gagal bertemu Martin selepas mahkamah mengeluarkan surat perintah berkenaan.

    Beberapa hari sebelum perintah mahkamah tersebut dikeluarkan, bekas pengurus Martin iaitu Rebecca Drucker memfailkan saman terhadap penyanyi itu atas tuduhan melanggar kontrak.

    Saman kira-kira RM13 juta itu dibuat kerana Martin didakwa tidak membayar komisen sepanjang Drucker berkhidmat dengannya. – Agensi

    Martin kini berdepan dengan kes saman RM13 juta dari bekas pengurusnya. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Utusan AS ke PBB berikrar sokong keluarga Jepun yang diculik Korea...

    TOKYO, 18 APRIL - Amerika Syarikat (AS) berdiri bersama Jepun sehingga semua warga Jepun yang diculik oleh Korea Utara beberapa dekad lalu pulang ke...