Ricqo ‘D’ Vocalist akan tampil 2 muzik video

Oleh Imelda Groves HA

RICQO ‘D’ Vocalist baru sahaja melancarkan album ketiganya yang berjudul Sinar yang mengandungi dua buah lagu bertajuk ‘Sinar’ dan ‘Kepilauan’.

Berikutan dengan pelancaran album tersebut, Ricqo akan membuat pengambaran muzik video muzik bagi kedua-dua buah lagu tersebut dalam bulan ini nanti dengan melibatkan beberapa buah tempat menarik di Negara Brunei Darussalam.

Muzik video pertama yang bakal dirakam adalah bagi lagu Sinar yang berdurasi 4 minit 18 saat. Lagu Sinar mengisahkan mengenai perjalanan hidup, doa serta harapan agar diberikan peluang kedekatan kepada Tuhan pada setiap waktu, di samping mengharapkan sinar dalam kehidupan, yang menjadikan kegelapan kian pudar.

Sementara itu, konsep muzik video bagi lagu keduanya pula, berjudul ‘Kepiluan’, adalah masih dalam perancangan dan perbincangan bersama pengarah muzik video itu nanti yang berkemungkinan melibatkan lakonan dari model-model tempatan. Muzik video ini nanti akan dirakamkan oleh individu yang telah bekerjasama bersama beliau dalam pembuatan muzik video lagu-lagu beliau sebelum ini.

“Saya berharap lagu dan muzik video ini akan mendapat sambutan daripada golongan sasar dan peminat. Saya begitu menghargai atas kreativiti pengarah dan penerbitan muzik video ini. Mesej yang disampaikan dalam lagu dan video itu nanti diharap akan sampai kepada orang ramai serta sentiasa menyokong karier seni suara dan penggiat serta anak seni tempatan,” jelasnya.

Beliau turut menasihatkan kepada penggiat seni suara agar sentiasa merasa tidak berpuas hati walaupun mendapat pujian, malah mengangkat lagi martabat seni muzik tanah air dan terus menjadi anak seni yang berjaya dalam penciptaan lagu dan lirik. Rakaman bagi album ketiga yang bergenrekan Pop Ballad ini adalah di bawah naungan produksi rakaman One Digital Recording Studio.

Lirik dan melodi bagi kedua-dua buah lagu beliau ini telah ditulis oleh beliau sendiri. Manakala komposer dan susunan muzik pula disempurnakan oleh Es Wan, seorang komposer dan pemuzik yang berpengalaman.

Berikutan dengan pelancaran album terbaharunya, Ricqo akan membuat pengambaran muzik video bagi kedua-dua buah lagunya yang ada dalam albumnya itu, pada bulan ini nanti, dengan melibatkan beberapa buah tempat menarik di Negara Brunei Darussalam.5