Ridley rancang tulis komik Batman baharu

John Ridley akan menulis siri komik Batman baharu dengan pemegang utama watak itu mempamerkan pelbagai peranan yang berbeza.

Pemenang penulis skrip Oscar dan penerbit DC, Jim Lee mengumumkan rancangan untuk Ridley menulis mini siri semasa satu perbincangan maya pada Sabtu lalu.

Komik empat terbitan itu dijadualkan dilancarkan pada Januari.

Ilustrasi aksi Batman juga digambar semasa perbincangan tersebut.

Ridley mengatakan siri ini akan memberi tumpuan kepada keluarga Lucius Fox, yang merupakan salah satu sekutu terdekat Bruce Wayne.

Fox juga merupakan presiden Wayne Enterprises. Ridley memenangi Anugerah Akademi untuk kategori layar terbaik pada tahun 2013 untuk karyanya 12 Years of Slave. – AP

Ridley merancang untuk menulis siri komik Batman baharu nanti. – AP