Saat yang dinantikan peminat apabila penyanyi Rihanna akhirnya selamat melahirkan seorang anak lelaki pada 13 Mei lalu.
Memetik laporan TMZ, sumber terdekat memberitahu anak sulung Rihanna dan pasangannya iaitu penyanyi rap A$AP Rocky itu dilahirkan di Los Angeles.
Bagaimanapun, tiada kenyataan rasmi yang dikeluarkan daripada pihak Rihanna mahupun A$AP Rocky mengenai kelahiran anak lelaki mereka.
Sehingga kini, nama putera sulung penyanyi terkenal itu pun masih menjadi tanda tanya dalam kalangan peminat.
Dikatakan kali terakhir pihak media melihat Rihanna ketika beliau menikmati makan malam bersama Rocky di Giorgio Baldi pada 9 Mei lalu.
Untuk rekod, Rihanna dan Rocky sudah lama mengenali satu sama namun hanya mengesahkan hubungan mereka secara rasmi pada penghujung 2020.
Sebelum ini, A$AP Rocky dikatakan berlaku curang dengan Rihanna apabila dia didakwa mempunyai hubungan sulit dengan pereka kasut jenama Fenty yang dikenali sebagai Amina Muaddi.
Sementara itu, Amina pula tampil menafikan khabar angin tersebut dan menyifatkan tuduhan berkenaan sangat tidak berasas serta merupakan gosip murahan. – Agensi