Rihanna kongsi tip kecantikan

Bagi peminat muzik antarabangsa, Rihanna merupakan salah seorang penyanyi yang tidak asing lagi di pentas dunia nyanyian seiring dengan kejayaan yang dikecapinya sehingga kini.

Berbeza dari bidang nyanyian yang diceburinya sekian lama, penyanyi itu kini tampil melancarkan produk baharu dan berkongsi tip penjagaan kesihatan yang menjadi rutinnya seharian.

Rihanna baru-baru ini telah berkongsi satu rakaman video yang memaparkan rahsia kecantikannya kepada peminatnya. Beliau memulakan videonya itu dengan memberikan tip kaedah untuk menjaga kecantikan dengan menggunakan produk miliknya.

Sebelum ini, beliau telah melancarkan produk penjagaan kulitnya tersendiri untuk para peminatnya.

“Saya mahu mencipta satu produk yang benar-benar berkesan, senang dipakai dan semua orang boleh menggunakannya,” tambahnya. – Agensi

Selain menjadi penyanyi terkenal, Rihanna juga merupakan seorang usahawan produk kosmetik. – Agensi