Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Rihanna seronok tayang ‘baby bump’, bangga bakal jadi ibu

    Bakal menjadi ibu tidak lama lagi, penyanyi Rihanna kini seronok menikmati setiap detik kehamilan dengan menayangkan baby bump.

    Memetik laporan Hollywoodlife, sumber terdekat memberitahu penyanyi itu menganggap bentuk perutnya merupakan salah satu kecantikan ketika hamil.

    “Rihanna menikmati setiap detik kehamilannya dan dia merancang untuk terus menayangkan baby bump pada bila-bila masa yang dia suka.

    “Dia seorang ikon fesyen dan dia fikir dengan menayangkan baby bump adalah salah satu perkara yang sangat cantik dia boleh lakukan sebagai bakal ibu.

    “Malah, Rihanna tidak takut pun hendak tayangkan ia secara bangga,” kata sumber.

    Sebelum ini, Rihanna mengumumkan dirinya sedang hamil dengan berkongsi foto memperlihatkan baby bump menerusi gambar yang tular.

    Selain itu, penyanyi lagu Umbrella ini juga enggan mengambil kisah tentang tanggapan orang lain terhadapnya.

    Untuk rekod, Rihanna berkawan dengan rapper A$AP Rocky sejak 2010 dan mula rapat sebagai pasangan sekitar November 2020. – Agensi

    Penyanyi Rihanna kini seronok menikmati setiap detik kehamilan dengan menayangkan baby bump. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...