Rimba Street Workout dapat sambutan

Oleh Ak Zaki Kasharan

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Dis – De Isma Event Management & Marketing dan Bar Quest Community telah menganjurkan Rimba Street Workout Challenge di Giant Rimba, yang diadakan selama dua hari bermula pada 15 Disember lalu.

Lebih 30 orang telah mendaftarkan diri mereka untuk menyertai acara calisthenics tersebut yang dibukakan kepada tiga kategori iaitu Freestyle Calisthenics Competition, Max Reps dan Bar Wars.

Antara tujuan acara calisthenics tersebut diadakan adalah sebagai acara sampingan untuk meramaikan dan menarik orang ramai selain untuk mengisi aktiviti sempena cuti di bulan Disember ini.

Acara ini juga diharap dapat memperkenalkan lagi sukan calisthenics dan komuniti calisthenics yang sedia ada kepada masyarakat di negara ini selain mendokong harapan untuk menjadikan rakyat di Negara Brunei Darussalam menjadi masyarakat yang sihat dan aktif.

Antara aksi peserta Rimba Street Workout Challenge yang berlangsung di Giant Rimba.