Saturday, September 23, 2023
23.7 C
Brunei

    -

    Rindu Bayangan pengawal keselamatan tambat hati juri

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 SEPT – Seorang pengawal keselamatan, Jaii yang pada awalnya hanya menemani rakannya dalam uji bakat nyanyian realiti Bintang Search ternyata berjaya menambat hati juri dengan lagu dendangan Rindu Bayangan sekaligus  dinobatkan sebagai pemenang dalam rancangan pencarian bakat itu pada musim ini.

    Setiap minggu sejak itu, Jaii terus memukau para juri dengan persembahannya sepanjang cabaran mingguan di Bintang Search. 

    Beliau juga menjadi kegemaran ramai semasa setiap tayangan perdana, memperoleh nama samaran ‘Bos’. Bagaimanapun, perjalanan Jaii berakhir secara mengejut apabila dia tidak mendapat undian yang mencukupi daripada orang ramai dan tersingkir selepas Konsert 12 Teratas.

    Gambar ramai semasa majlis penyampaian hadiah tersebut. – Gambar serahan Bintang Search

    Ikuti berita lanjut di Media Permata keluaran Selasa.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...