Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Ringgit bakal pulih apabila ekonomi bangkit semula – HSBC

    KUALA LUMPUR, 17 JAN – HSBC Group percaya ringgit yang di bawah nilai ketika ini bakal pulih pada 2022 apabila ekonomi Malaysia dijangka bangkit semula daripada kemelesetan ‘berganda’ meskipun terdapat banyak ketidaktentuan.

    Ketua Bersama Penyelidikan Ekonomi Asia HSBC Group, Frederic Neumann berkata walaupun gandingan dolar AS-Ringgit berlegar hampir pada paras tertingginya pada tahun ini berikutan pelbagai cabaran luaran, bank itu optimis dengan prospek penggunaan dan tinjauan eksport Malaysia.

    “Aliran masuk pelaburan langsung asing (FDI) dijangka terus meningkat berdasarkan kepada permohonan FDI yang diluluskan sebelum ini dan ini dijangka dapat menyokong ringgit sebagai sumber pertumbuhan,” katanya semasa taklimat HSBC Asian Outlook 2021 yang diadakan secara maya hari ini.

    Beliau berkata penormalan dasar Oleh Bank Negara Malaysia (BNM) juga boleh membantu unit tempatan mengekalkan kelebihan hasil berbanding dolar AS dan mengekalkan kadar sebenar positif.

    “Keyakinan tinggi terhadap ekonomi domestik dan aset tempatan juga akan membantu mengekang pemilikan aset asing oleh penduduk,” kata Neumann.

    Beliau berkata selain daripada perkembangan varian terkini COVID-19, risiko lain yang boleh mempengaruhi prospek positif unit tempatan itu adalah ketidaktentuan politik yang mungkin menjejaskan sentimen dan aliran modal. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...