Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Ringgit dijangka lebih kukuh akhir 2022

    KUALA LUMPUR, 5 JULAI – Nilai ringgit diunjur meningkat lebih kukuh pada suku keempat tahun ini, didorong oleh pertumbuhan yang bertambah baik di China serta jangkaan pemberhentian seketika dalam kenaikan kadar Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) selain pemulihan mantap ekonomi Malaysia.

    Mata wang itu yang kini berlegar pada paras RM4.40 berbanding dolar AS, dijangka mengukuh kepada RM4.25 pada akhir tahun ini, kata Penyelidikan MIDF.

    “Pada asasnya, ringgit berada dalam kedudukan yang baik kerana ekonomi domestik kekal pada momentum yang memberangsangkan, dan sebagai pengeksport bersih petroleum mentah, gas asli cecair dan minyak sawit, Malaysia akan mendapat manfaat daripada kenaikan harga komoditi global,’’ katanya dalam satu nota penyelidikan.

    Berbanding mata wang dolar AS, purata nilai ringgit diunjur lemah daripada RM4.15 untuk setiap AS$1 tahun lalu kepada RM4.28 pada 2022.

    Walaupun menyusut nilai berbanding dolar AS, ringgit mempamerkan prestasi yang lebih baik daripada mata wang utama lain dalam tempoh lima bulan pertama tahun 2022.

    Unit tempatan itu menokok 8.4 peratus berbanding yen Jepun, naik 5.4 peratus berbanding euro, kukuh 3 peratus berbanding dolar Australia dan meningkat 1.7 peratus berbanding pound Britain.

    Namun begitu, rakan kongsi pengurusan SPI Asset Management, Stephen Innes pula berpendapat mata wang ringgit akan diniagakan pada julat RM4.45 berbanding dolar AS sebelum mengakhiri tahun ini pada RM4.35. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China kecewa AS guna veto halang Palestin anggotai PBB

    BEIJING, 19 APRIL - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) gagal meluluskan draf resolusi untuk menerima Palestin sebagai anggota rasmi Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)...