Ringkas bergaya

BERFUNGSI seperti jantung kediaman, dapur tidak pernah berhenti daripada gerak kerja aktiviti seisi penghuni.

Ia sentiasa hidup! Ruang ini perlu ditata hias dan tentunya penuh gaya agar dapat merangsang minda dan rohani setiap kali melangkah masuk.

Peraturan warna blok mencipta ilusi kecil dan padat tidak lagi boleh diguna pakai. Suntikkan warna-warna hangat atau pastel berkuasa meningkatkan adrenalina sang penghuni setiap kali berada di dapur.

Bagi anda yang menginginkan penampilan dapur yang sofistikated dengan rekaan yang ringan, tenang lagi bersih, gaya Scandinavian mungkin menjadi pilihan yang tepat untuk mewujudkan impian anda.

pgm17_220717_a

pgm17_220717_b

pgm17_220717_c

pgm17_220717_d

pgm17_220717_e

pgm17_220717_f

pgm17_220717_h

pgm17_220717_g

Rekaan Scandinavian memiliki ciri khas yang ringkas, minimalis dan fungsional selain memberi rasa mewah, selesa dan menenangkan. Gaya ini bermula pada tahun 1950 dari sebuah gerakan rekaan oleh negara-negara Nordic iaitu Finland, Norway, Sweden, Iceland dan Denmark.

Untuk rekaan sebuah dapur yang menerapkan gaya Scandinavia, elemen-elemen penting daripada gaya ini adalah warna yang semula jadi seperti putih dan kelabu manakala hitam lebih dominan dengan material utama seperti besi, kayu, dengan membawa unsur natural.

Sarat dengan fungsi, reka bentuk Scandinavian memberi kesan dalam sesebuah ruang tanpa sebarang elemen berat dan mengutamakan keperluan saja.