Sunday, December 4, 2022
23.3 C
Brunei

-

Risda laksana pelbagai program keusahawanan

JOHOR BAHRU, 30 Julai – Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) Johor memperuntukkan RM2.06 juta tahun ini untuk melaksanakan pelbagai program keusahawanan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Johor Datuk Hasni Mohammad berkata sebahagian peruntukan juga diagihkan kepada usahawan yang layak menerima bantuan sebanyak RM10,000 di bawah program Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET).

“Bantuan disediakan kepada usahawan makanan, makanan sejuk beku, makanan ringan, jahitan, pembuatan, ternakan dan pertanian itu adalah bagi meluaskan pengeluaran produk dan menaiktaraf perniagaan.

“Bantuan diberi dalam bentuk pembelian alatan, pembelian mesin, pembinaan premis, bengkel, kedai dan input lain yang bersesuaian dengan mereka,” katanya berucap merasmikan Karnival Usahawan Risda Johor 2017, di sini hari ini.

Datuk Hasni Mohammad (dua kanan) bersama Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas Datuk Tengku Putra Harun Aminurrashid Hamid Jumat (dua kiri) dan Pengarah RISDA Negeri Johor Daman Huri Toha (kanan) merasmikan Karnival Usahawan RISDA di Plaza Angsana kelmarin. - Bernama
Datuk Hasni Mohammad (dua kanan) bersama Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas Datuk Tengku Putra Harun Aminurrashid Hamid Jumat (dua kiri) dan Pengarah RISDA Negeri Johor Daman Huri Toha (kanan) merasmikan Karnival Usahawan RISDA di Plaza Angsana kelmarin. – Bernama

Hasni berkata selain bantuan, Risda turut menyediakan skim pinjaman menerusi Tabung Pembangunan Sosio Ekonomi Pekebun Kecil Risda (TPSEPK) termasuk bagi modal pusingan, pembelian kelengkapan dan bahan mentah serta ubah suai premis.

Beliau berkata terdapat 2,053 usahawan menjalankan pelbagai aktiviti keusahawanan di bawah bimbingan Risda di negeri ini melibatkan 905 usahawan kadet, 1,119 usahawan mikro, 22 usahawan kecil manakala tujuh lagi usahawan sederhana.

Hadir sama pada majlis berkenaan, Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kempas Datuk Tengku Putra Haron Aminurrashid Tengku Hamid Jumaat dan Pengarah Risda Johor Daman Huri Toha. – Bernama

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

China longgarkan lagi peraturan COVID

BEIJING, 2 DIS – Bandar di seluruh China membatalkan arahan sekatan COVID hari ini dengan melonggarkan peraturan ujian dan kuarantin susulan protes di seluruh...
- Advertisment -