Wednesday, March 26, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Risiko e-rokok masih belum dapat dipastikan

    PARIS, 3 Okt – Peralihan besar dari tembakau kepada e-rokok akan mengurangkan kematian berkaitan merokok dengan satu suku di AS menjelang tahun 2100, malah dengan menganggap gajet itu sendiri bebas tanpa risiko, menurut para penyelidik hari ini.

    Para ahli sains masih tidak pasti dengan kemungkinan keburukan rokok elektronik sebagai alternatif bagi rokok biasa, meskipun kebanyakan orang nampaknya yakin sekurang-kurangnya ia lebih selamat.

    Menurut pendapat yang dianggap benar walaupun belum dapat dibuktikan e-rokok hanya memberi lima peratus risiko kesihatan sebenar McCoy dan hanya segelintir orang akan masih menghisap rokok tembakau menjelang 2026, menurut para penyelidik 6.6 juta kematian awal boleh dicegah menjelang 2100.

    Ini merupakan penurunan 25 peratus dari 26.1 juta kematian pramasa yang diramalkan mengikut keadaan sedia ada, dengan 19.3 peratus warga lelaki Amerika dan 14.1 peratus wanita merokok dalam tahun 2016, kajian menunjukkan.

    Setiap perokok, ini menyamai perolehan purata jangka hayat kira-kira empat bulan, menurut penemuan yang disiarkan dalam jurnal Kawalan Tembakau.

    Dalam senario yang lebih pesimis yang menganggap e-rokok mempunyai kira-kira 40 peratus risiko dari rokok biasa, kira-kira 1.6 juta kematian pramasa dihindari, menurut pasukan penyelidik.

    Ini bersamaan dengan perolehan purata jangka hayat di bawah sebulan setiap seorang. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda