Risiko jangkitan virus meningkat dua kali ganda tanpa vaksin

WASHINGTON, 8 OGOS – Individu tidak divaksin berisiko dua kali ganda lebih tinggi dijangkiti COVID-19 berbanding penerima lengkap vaksin dua dos.

Data itu adalah berdasarkan kajian dijalankan Pusat Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini. Agensi itu menjelaskan dapatan menyokong saranannya supaya semua individu yang layak diberikan suntikan vaksin COVID-19 tanpa mengira status.

Beberapa ahli politik AS termasuk Senator Rand Paul sebelum ini pernah berkata mereka tidak merancang untuk mengambil suntikan vaksin COVID-19 kerana mempunyai imuniti semula jadi yang terbentuk susulan dijangkiti koronavirus.

Kajian baharu itu dijalankan terhadap 246 responden golongan dewasa yang pernah dijangkiti semula pada Mei dan Jun tahun ini, selepas dijangkiti COVID-19 pada 2020.

Analisis berkenaan mendapati individu tidak divaksin berdepan 2.34 kali ganda risiko dijangkiti semula berban-ding individu yang sudah menerima dos lengkap vaksin Pfizer, Moderna atau Johnson & Johnson (J&J).

Tempoh imuniti semula jadi yang diperoleh susulan jangkitan koronavirus pula tidak dapat difahami dengan baik dan mungkin tidak lagi relevan berikutan kemunculan varian baharu.

Salah satu kekurangan kajian itu adalah ia dijalankan sebelum varian Delta menjadi virus dominan di AS. – AFP

Dos pertama vaksin J&J disediakan di klinik vaksinasi di YMCA Los Angeles, California. – AFP