Thursday, April 25, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Risto janji raih lebih banyak kejayaan

    MELAKA, 4 FEB – Ketua Jurulatih baharu Kelab Bolasepak Melaka United (MUFC), Risto Vidakovic berjanji untuk membawa pasukannya meraih kejayaan di pentas Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.

    Dalam kenyataan video yang dikongsi di laman sosial Facebook MUFC, Risto, 53, berkata beliau teruja untuk memulakan latihan bersama skuadnya.

    “Saya teruja untuk memulakan sesi latihan bersama pasukan dan saya berasa bangga dapat berada di sini. Saya berharap kami dapat bermain bola sepak taktikal dan menjadi antara kelab terbaik pada musim ini.

    “Saya berharap dapat berada dalam lima pasukan terbaik musim ini dan saya tahu Melaka United mempunyai ramai penonton, saya sangat teruja untuk bersama-sama penyokong menyaksikan perlawanan di padang, berharap kami akan mencapai matlamat kami bersama-sama dan meraih kejayaan terbaik pada masa depan,” katanya.

    Risto, yang tiba di Malaysia awal minggu ini sedang menjalani kuarantin dan dijangka memulakan latihan bersama skuad Sang Kancil Isnin depan.

    Baru-baru ini, Melaka United mengumumkan pelantikan Risto, yang berasal dari Bosnia dan Herzegovina sebagai ketua jurulatih baharu, menggantikan Zainal Abidin Hassan.

    Melaka United turut mengumumkan tiga lagi pemain import dalam pasukan tersebut – pemain sayap dari Ghana, Emmmanuel Oti Essigba; pemain pertahanan dari Filipina, Mikel Justin Baas selain mendapatkan khidmat pemain penyerang dari Nigeria, Ifedayo Olusegun. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Presiden Iran rasmi projek hidrokuasa dan pengairan Sri Lanka

    COLOMBO, 24 APRIL — Presiden Iran, Ebrahim Raisi tiba di Sri Lanka hari ini untuk merasmikan projek hidrokuasa dan pengairan yang telah lama tertangguh...