Thursday, February 9, 2023
23.4 C
Brunei

-

Rita Rudaini bimbang perkembangan anak-anak diketahui bekas suami

Baru-baru ini, pelakon Rita Rudaini ada memuat naik video di TikTok menghantar anak sulungnya pulang ke sekolah asrama selepas sebulan bercuti.

Menerusi perkongsian itu, Rita meluahkan dia dan anak bongsunya merasa kesunyian apatah lagi  tinggal hanya mereka berdua sahaja.

Namun, apa yang menjadi perhatian adalah komen seorang warganet yang mempersoalkan mengenai perasaan bapa kepada anak-anaknya itu jika ketahuan menonton video tersebut.

Komen warganet itu dibalas oleh Rita dengan menyatakan bahawa pihak di sebelah sana mungkin telah menyekat kerana bimbang jika bapa kepada anaknya itu melihat perkembangan anak-anaknya.

“Tidak boleh nampak sebab di sana block takut ayahnya nampak fyp anak-anak. Takut sangat… sampai mati dikejar bayang-bayang,” tulisnya.

Terdahulu, Rita mendirikan rumah tangga bersama pemain bola sepak Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak pada 2008, namun bercerai pada 2013. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna. – Agensi

Rita Rudaini tabah membesarkan anak-anaknya sendirian. – Agensi
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Kim Jong Un bawa anak perempuan lawat markas tentera

SEOUL, KOREA SELATAN, 8 FEB - Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un membawa anak perempuannya melawat kem tentera bagi menandakan ulang tahun ke-75 penubuhan...
- Advertisment -