Rita Rudaini seloroh tindakan Lana Nordin

Pelakon, Lana Nordin dan keluarga kini telah selamat tiba di Amerika Syarikat (AS). Menerusi Insta Stories, Rita Rudaini dilihat telah repost kembali story Lana Nordin di Intagram dan bertanya berapa dos vaksin yang diambil oleh pelakon itu sehingga dapat rentas negara.

“Bape dose ampa oiiii @lananodinmckienzie dapat rentas negara? Tanyer jerr,” seloroh Rita Rudaini.

Lana Nordin turut berseloroh bahawa beliau sudah tidak disukai ramai membuatkannya kembali ke pangkal jalan.

Lana Nordin turut dilihat memuat naik IG Stories, mereka sekeluarga kini tidak perlu scan My-Sejahtera sewaktu dine-in di sebuah restoran di AS.

Sebelum ini, Lana Nordin pernah digelar Freemason kerana tidak mahu menerima vaksin.

Beliau turut meluahkan rasa pelik dengan pemikiran masyarakat disebabkan beliau dicop anti-vaksin setelah rasa waswas terhadap vaksin tersebut. – Agensi

Rita Rudaini telah repost kembali story Lana Nordin di Intagram dan bertanya berapa dos vaksin yang diambil oleh pelakon itu sehingga dapat rentas negara. – Agensi