Rita Rudaini sentiasa sokong minat anak

MANA tumpahnya kuah, jika tidak ke nasi. Itulah boleh diibaratkan kepada dua anak pelakon Rita Rudaini terhadap kecenderungan mereka dalam bidang sukan bola sepak.

Malah, dia juga mengakui kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh dua orang anaknya, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna terhadap bola sepak.

Terbaharu menerusi entri di Instagram (IG), Rita berkongsi sekeping gambar anaknya yang melukis gambar kasut bola.

“Hari-hari mereka google boots, (mereka) lukis. Dapat lukis boots pun mereka sudah teruja. Kakak kalau pergi melancong, ingat boots sahaja. Tak apa belajar rajin-rajin.

“Kakak selalu bagi semangat dekat anak-anak (kakak), dapat bagus, dapatlah boots idaman.  Nak main bola, kena bijak dalam pelajaran dan Al-Quran. Kena ada pakej baru jadi ‘Pria Terhebat’,” tulisnya.

Rata-rata memuji lukisan yang dilakukan oleh anaknya itu dan mereka berharap agar suatu hari nanti anak-anaknya dapat menjadi pemain bola terhebat seperti ayah mereka, Aidil Zafuan.

“Kemana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi @ritrud727,” tulis mrsjuliaaaptari.

“Orang kidal memang kreatif kakak @ritrud727… Semoga menjadi kebanggaan suatu hari nanti,” tulis ninaabdullah.

“Manalah tahukan, tiba-tiba abang pos datang, ada orang hadiahkan. Apapun nak cakap tangan berseni,” tulis syacantikallahsyg.

“Semoga berjaya dunia dan akhirat untuk kedua-dua anak-anak @ritrud727, amin,” tulis jamilahzek1864. – Agensi

Rita Rudaini sentiasa mendukung minat dua orang anak lelakinya terhadap sukan bola sepak. – Agensi