Rita Rudaini terkejut produksi terpaksa ditutup

Pelakon, Rita Rudaini tampil menyelar sebuah syarikat produksi yang terpaksa ditutup kerana beberapa krew mereka disahkan positif COVID-19.

Menerusi Insta Stories, Rita memberi nasihat buat mereka untuk tidak bercakap besar mengenai larangan individu yang tidak divaksin untuk datang ke set penggambaran.

“Lain kali jangan la cakap besaq..tak mau orang yang tak vaksin kat set shooting..nanti mengancam nyawa orang kat set…Kun Faya Kun…

“Jadi jangan mudah jatuh hukum pada orang lain..bila bercakap, sila tunduk ke bumi sama. Segala zat, Dia yang pegang,” pesan Rita

Tambah Rita lagi, dia turut tertanya punca jangkitan virus COVID-19 meskipun kesemua krew produksi sudah menerima vaksinasi yang lengkap.

“Mana datangnya virus? Bukan ke semua dah lengkap? Tiada ruang untuk kuman tembus kan?

“Kun Faya Kun..Kita tiada kuasa dan daya..Sebab tu jangan sombong..Harap semuanya baik-baik saja..Insya Allah,” doa Rita

Dalam masa yang sama, Rita atau nama penuhnya Rita Rudaini binti Mokhtar mendoakan agar krew produksi yang dijangkiti wabak tersebut akan diberi kesembuhan. – Agensi

Rita memberi nasihat buat mereka untuk tidak bercakap besar mengenai larangan individu yang tidak divaksin untuk datang ke set penggambaran. – Agensi