River Plate berlepas ke Madrid

BUENOS AIRES, 5 Dis – Pasukan River Plate akan berlepas ke Sepanyol hari ini untuk beraksi pada final kedua Piala Libertadores yang sangat kontroversi, umum kelab itu semalam.

Dalam satu kenyataan kepada Persekutuan Bola Sepak Amerika Selatan CONMEBOL, kelab Argentina itu berkata pasukan itu akan berlepas ke Sepanyol dengan menggunakan penerbangan sewa dari Lapangan Terbang Ezeiza.

River Plate pada mulanya menyatakan bahawa ia menentang pemindahan perlawanan itu, menentang musuh ketat Boca Juniors dari Buenos Aires ke Santiago Bernabeu di Madrid.

Jurulatih Marcelo Gallardo menganggapnya sebagai ‘pelik’ dengan menambah pasukannya telah kehilangan kelebihan beraksi di laman sendiri.

River sepatutnya menghoskan perlawanan itu di laman mereka sendiri, El Monumental pada 24 November, tetapi ia ditunda selepas penyokong River Plate menyerang bas pasukan Boca Juniors.

Penyokong River Plate membuat bantahan di luar stadium kelab di Buenos Aires pada 1 Disember 2018. Dalam satu kenyataan, River Plate berlepas ke Madrid bagi final kedua Copa Libertadores meskipun River Plate dan Boca Juniors membantah keputusan memindah venue final itu. – AFP

Beberapa pemain Boca Juniors, termasuk Pablo Perez, memerlukan rawatan di hospital bagi kecederaannya yang berpunca daripada pecahan kaca jendela bas dan pemain lain mengadu mengenai kesan terhidu gas pemedih mata semasa serangan itu terjadi.

Boca kemudian menolak untuk bermain pada perlawanan itu dan ia ditunda 24 jam, hanya mendapati ia ditunda sekali lagi keesokan harinya.

Boca membuat petisyen kepada CONMEBOL untuk dianugerahkan trofi itu, tetapi ia ditolak.

Final pertama di Stadium Bombonera Boca Juniors menyaksikan perlawanan berkesudahan 2-2.

CONMEBOL kemudian mengubah perlawanan ke Madrid, satu keputusan yang dibantah oleh kedua-dua buah kelab Argentina itu. – AFP