Sunday, September 24, 2023
22.3 C
Brunei

    -

    Riyadh Air pertimbang beli 150 pesawat 737 MAX

    CHICAGO, 29 MEI – Riyadh Air sedang mengadakan perbincangan dengan Syarikat Boeing untuk membeli 150 pesawat 737 MAX menerusi perjanjian dianggarkan bernilai AS$8 bilion, lapor agensi berita Jerman (dpa) memetik media hari ini.

    Sebelum ini, Riyadh Air mengumumkan tempahan sehingga 72 pesawat Boeing 787-9 Dreamliner membabitkan perjanjian bernilai berbilion dolar.

    Riyadh Air ditubuhkan pada Mac 2023 dan syarikat penerbangan Arab Saudi itu merancang untuk menyediakan penerbangan ke lebih 100 destinasi di seluruh dunia menjelang 2030, dengan Riyadh akan menjadi hab operasi syarikat.

    Pesawat 737 MAX mampu mengurangkan penggunaan bahan api dan pelepasan sebanyak 20 peratus sambil menghasilkan 50 peratus jejak bunyi yang lebih kecil berbanding pesawat yang digunakan sebelum ini.

    Selain itu, pesawat 737 MAX turut menawarkan kos penyelenggaraan yang lebih rendah. – Bernama

    Gambar fail bertarikh 4 September 2022 menunjukkan Pesawat F-16 Fighting Falcon mengiringi Boeing 737 semasa Pameran Udara Antarabangsa Bucharest dan Pameran Penerbangan Am di Bucharest, Romania. – Xinhua
    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...