Riyadh, Doha bida tuan rumah Sukan Asia 2023

RIYADH, 24 APRIL – Negara bermusuhan di rantau Teluk, Arab Saudi dan Qatar bersaing untuk hak menjadi tuan rumah Sukan Asia 2023, Majlis Sukan Olimpik untuk Asia berkata kelmarin selepas menerima tawaran dari kedua-dua buah negara.

“Doha, ibu kota Qatar, dan Riyadh, ibu kota Arab Saudi, telah menghadapkan pembidaan rasmi untuk menjadi tuan rumah Sukan Asia ke-21,” OCA berkata dalam kenyataan.

“Dokumen pembidaan dari Komiti Olimpik Kebangsaan dari negara masing-masing turut disertakan surat sokongan dari bandar dan kerajaan masing-masing.”

Arab Saudi, bersama-sama dengan Emiriah Arab Bersatu, Mesir dan Bahrain telah memutuskan hubungan dengan Doha pada tahun 2017, menuduh mereka menyokong ‘pengganas’ dan sangat rapat dengan Iran – tuduhan yang dinafikan oleh Qatar. Perbincangan untuk memperbaiki hubungan yang retak telah terhenti, setelah kemelut diplomasi akhir tahun lalu menimbulkan harapan untuk kejayaan.

Doha menjadi tuan rumah Sukan Asia 2006 tetapi Arab Saudi tidak pernah menganjurkan pelbagai kejohanan OCA, kenyataan menambah.

OCA telah membukakan pembidaan bagi Sukan 2030 dari 45 buah ahlinya pada Rabu lalu. – AFP