Thursday, February 20, 2025
22.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rizab a’bangsa BNM AS$96.1 bilion pada 28 April

    KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) – Rizab Antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah US$96.1 bilion (bersamaan RM425.2 bilion) pada 28 April 2017 berbanding US$95.7 bilion (bersamaan RM423.2 bilion) yang direkodkan pada 14 April, 2017

    BNM dalam satu kenyataan berkata paras rizab ini memadai untuk membiayai 7.9 bulan import tertangguh dan 1.1 kali hutang luar negara jangka pendek.

    Komponen utama rizab antarabangsa terdiri daripada rizab mata wang asing (AS$89.5 bilion), kedudukan Rizab Dana Monetari (AS$0.8 bilion), hak Pengeluaran Khas (SDR) (AS$1.1 bilion), emas (AS$1.6 bilion) dan aset rizab lain (AS$3.1 bilion).

    Aset bank pusat terdiri daripada emas dan tukaran asing dan rizab lain termasuk SDR (RM425.177 bilion), kertas Kerajaan Malaysia (RM3.311 bilion), Deposit dengan Institusi Kewangan (RM8.913 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM7.815 bilion), tanah dan bangunan (RM2.113 bilion) dan aset lain (RM8.031 bilion).

    Liabiliti pula membabitkan modal berbayar  (RM100 juta), rizab  (RM148.585 bilion), mata wang dalam edaran (RM100.131 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM179.047 bilion), deposit dengan kerajaan  (RM6.339 bilion), deposit lain (RM645.814 juta), kertas Bank Negara (RM8.510 bilion), peruntukan SDR (RM8.077 bilion) dan liabiliti lain  (RM3.925 bilion). – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda