Rizab antarabangsa BNM meningkat

KUALA LUMPUR, 22 OKT – Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kepada AS$103.3 bilion pada 15 Oktober 2019 daripada AS$103.0 bilion pada 30 September 2019.

Dalam kenyataan hari ini, bank pusat berkata paras rizab ini memadai untuk membiayai 7.6 bulan import tertangguh dan 1.1 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

Menurut BNM, komponen utama rizab antarabangsa merangkumi rizab mata wang asing sebanyak AS$96.7 bilion, kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.1 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (AS$1.1 bilion), emas (AS$1.9 bilion) dan lain-lain aset rizab (AS$2.5 bilion). – Bernama