Friday, April 19, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Rizab antarabangsa BNM cecah AS$107b

    KUALA LUMPUR, 22 JULAI – Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$107 bilion setakat 15 Julai tahun ini.

    Kedudukan rizab itu adalah memadai bagi membiayai 5.7 bulan import barangan dan perkhidmatan dan 1.1 kali jumlah hutang luar negara jangka pendek, kata bank pusat itu dalam satu kenyataan hari ini.

    BNM berkata komponen utama rizab antarabangsa ialah rizab mata wang asing (AS$94.6 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) (AS$1.3 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (AS$5.7 bilion), emas (AS$2.3 bilion) dan aset rizab lain (AS$3.1 bilion).

    Aset itu merangkumi emas, pertukaran mata wang asing dan rizab-rizab lain termasuk SDR (RM471.04 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM12.12 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM23.65 bilion), tanah dan bangunan (RM4.14 bilion) dan aset lain (RM29 bilion).

    Sementara itu, modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM161.23 bilion), mata wang dalam edaran (RM159.71 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM161.42 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM7.99 bilion), deposit lain (RM12.15 bilion), kertas Bank Negara (RM5.76 bilion), peruntukan SDR (RM28.25 bilion) dan liabiliti-liabiliti lain (RM3.33 bilion). – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...