Wednesday, October 9, 2024
24.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rizab gas terbaru ditemukan

    DHAKA, 16 Jan – Bangladesh telah menemukan rizab gas terbaru di bahagian selatan negara itu dengan kemungkinan sejumlah besar bahan api fosil di struktur terbaru.

    Struktur gas di daerah Bhola telah ditemukan oleh Syarikat Penggalian Petroleum Bangladesh (BAPEX) milik negara, menurut Setiausaha Kabinet Mohammad Shafiul Alam kepada wartawan semalam.

    Menurutnya, kira-kira 600 bilion kaki padu (bcf) telah ditemukan di rizab gas ke-27 negara itu.

    Pegawai itu tidak mendedahkan jumlah gas dengan segera yang ditemukan dalam struktur itu.

    Dia berharap bahawa rizab ini sebagai yang terbesar yang pernah ditemui pada beberapa tahun kebelakangan ini.

    Sejak beberapa tahun lepas, BAPEX telah menemukan 11 tapak rizab bersaiz sederhana.

    Tapak paling terbesar setakat ini ialah di Bhola, sebuah pulau yang meliputi kawasan seluas 3,403.48 kilometer persegi, kira-kira 205 kilometer dari ibu negara Dhaka, yang mempunyai simpanan ratusan bilion kaki padu. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda