KUALA LUMPUR, 29 Jun – Rizab Malaysia tetap boleh guna pada akhir Mei 2018 dengan aset rizab rasmi berjumlah AS$108.46 bilion, mengikut format Standard Penyebaran Data Khas Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF SDDS).
Bank Negara Malaysia (BNM) dalam satu kenyataan hari ini berkata aset mata wang asing lain berjumlah AS$907.4 juta.
“Bagi tempoh 12 bulan akan datang, aliran keluar jangka pendek yang telah dikenal pasti bagi pinjaman dalam mata wang asing yang disebabkan oleh pembayaran balik berjadual peminjaman luar negeri oleh kerajaan diunjurkan sebanyak AS$248.3 juta.
“Jumlah kedudukan hadapan pendek adalah sebanyak AS$12.78 bilion pada akhir Mei 2018, mencerminkan pengurusan mudah tunai ringgit dalam sistem kewangan,” kata BNM. – Bernama