Selepas personaliti media sosial Atta Halilintar, kali ini pasangan selebriti Rizky Billar dan isteri Lesti Kejora pula dipanggil pihak berkuasa bagi membantu siasatan kes perjudian dan pelaburan wang melibatkan YouTuber terkenal Doni Salmanan.
Menurut laporan Kompas, Rizky dikatakan telah menerima hadiah wang tunai bernilai 20 juta Rupiah (RM5,850) semasa majlis perkahwinan mereka.
“Saya dah isteri menerima surat panggilan dari jabatan siasatan jenayah berkait siasatan kes abang DS (Doni Salmanan), yang mana beliau sempat memberikan kami sampul berisi duit sebagai hadiah perkahwinan bernilai 20 juta Rupiah.
“Sebagai seorang warganegara yang amanah, kami akan memberikan kerjasama bertemu pihak berkuasa itu. “Malah kami bersedia memulangkan semula wang yang diberikan saudara DS kepada pihak penyiasat itu,” katanya.
Rizky berkongsi mengenai perkara itu menerusi Instastory miliknya pada Sabtu. Dalam pada itu dia turut menafikan dakwaan kononnya dia menerima sampul berisi wang sebanyak 1 miliar Rupiah (RM290,000) daripada Doni Salmanan.
Doni ditahan pihak berkuasa pada 9 Mac atas pertuduhan perjudian dan pelaburan wang yang dilakukan secara atas talian. Beberapa nama selebriti lain turut dipanggil pihak berkuasa bagi tujuan soal siasat. – Agensi