Friday, March 31, 2023
23.2 C
Brunei

-

Rizky Billar tiada niat cederakan Lesti Kejora

Kes keganasan rumah tangga pelakon Rizky Billar terhadap isterinya iaitu penyanyi Lesti Kejora masih lagi menjadi sebutan ramai meskipun kedua-duanya kini memilih jalan berdamai dan kembali hidup bersama.

Antara yang menjadi bualan adalah dakwaan terhadap Rizky yang dikatakan membaling bola snuker ke arah isterinya ketika pergaduhan berlaku antara mereka pada hujung September tahun lalu.

Akhirnya mengakui perbuatan tersebut, Rizky bagaimanapun memberitahu dia tiada niat untuk mencederakan isterinya dan bola snuker yang dibaling itu tersasar ke arah lain.

“Insiden itu memang berlaku, tetapi melemparkan bola snuker ke arah Lesti adalah tidak benar. Ketika itu saya sangat marah dan hanya mahu menggertak Lesti, bola itu dilemparkan ke arah lain.

“Saya tiada niat untuk mencederakan isteri. Saya tiada niat untuk cederakan ibu kepada anak kami,” ceritanya dalam satu temu bual bersama Denny Sumargo.

Sedar akan perbuatan tersebut adalah satu tindakan salah, Rizky berharap kejadian itu dapat memberi pengajaran buat diri sendiri supaya lebih menyayangi isterinya itu.

“Ada sebab kenapa kejadian itu berlaku dan kenapa saya bertindak begitu. Tetapi saya ingin tegaskan bahawa perbuatan itu salah.

“Menggertak isteri pun satu perbuatan salah. Semoga kejadian yang berlaku itu menjadi satu pengajaran buat saya,” jelasnya. – Agensi

Rizky kini lebih terbuka kongsi kisal pukul isteri.– Agensi
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Otai impi meluncur ombak hingga usia 100

FUJISAWA, JEPUN, 30 MAC – Seorang warga emas membuktikan bahawa usia bukan penghalang untuk melakukan pelbagai aktiviti lasak seperti meluncur ombak. Seiichi Sano mula meluangkan...
- Advertisment -