Tuesday, May 30, 2023
28 C
Brunei

    -

    Rizky Febian syukur doa ingin kekasih dimakbulkan

    Umum mengetahui hubungan cinta pasangan selebriti Indonesia iaitu Rizky Febian dengan kekasihnya, Mahalini yang kerap menayangkan kemesraan mereka.

    Memetik laporan Liputan6, Rizky, 24, mendedahkan dia pernah berasa kesunyian setiap kali bersendirian sebelum bertemu dengan Mahalini.

    Malah, Rizky juga memberitahu dia pernah berdoa kepada Allah SWT agar dipertemukan dengan seorang wanita yang menyayangi dirinya tanpa memikirkan soal kecantikan.

    “Ketika saya bersendirian, saya rasa sangat kesepian memandangkan usia saya sudah meningkat.

    “Teringin nak ada pasangan yang serius,” ujarnya.

    “Saya teringin nak ada hubungan yang serius. Dalam bilik, saya terus berdoa ‘Ya Allah saya teringin nak jodoh, tak kisah macam mana, dia cantik atau tidak.

    “Tak kisah dia macam mana pun, yang penting saya berkenan di hati dan rasa bahagia. Kalau dia boleh sayang seperti mana saya, saya akan jaganya sampai bila-bila,” katanya.

    Dalam pada itu, penyanyi lagu Hingga Tua Bersama itu tidak sangka akan dipertemukan dengan Mahalini yang berlainan agama dengannya.

    “Tiba-tiba Mahalini datang, tapi saya lupa, kalau saya tidak meminta agamanya yang sama,” katanya secara berseloroh. – Agensi

    Rizky dan Mahalini kerap menayangkan kemesraan mereka kepada umum. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    ‘Saya sangat letih’

    SYDNEY, 29 MEI – Ketua Menteri yang popular di Australia Barat, Mark McGowan, yang mengasingkan negerinya daripada dunia semasa kemuncak pandemik COVID-19, hari ini...
    - Advertisment -