Friday, December 6, 2024
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rizky, Mahalini belum daftar perkahwinan

    Sudah lima bulan mendirikan rumah tangga, rupa-rupanya perkahwinan pasangan Indonesia, Rizky Febian dan Mahalini masih belum berdaftar daripada segi undang-undang.

    Memetik laporan mStar, perkara tersebut didedahkan pegawai Mahkamah Syariah Jakarta Selatan, Indonesia pada Rabu lalu.

    “Pernikahan Mahalini dan Rizky masih belum berdaftar di pejabat Agama, butiran pernikahan mereka juga masih tidak lengkap,” katanya.

    Tampil menjelaskan perkara itu, wakil Rizky iaitu Dicky Chandra menegaskan pernikahan pasangan itu sah daripada segi agama.

    “Perkahwinan mereka sah. Cukup syarat-syarat nikah. Tak perlu untuk besarkan hal ini,” katanya.

    Ada pihak mendakwa pernikahan Mahalini dan Rizky masih belum berdaftar. – mStar

    Jelasnya, mereka mengambil masa yang lama untuk menguruskan perkara itu memandangkan status agama Mahalini berubah selepas pernikahan.

    Justeru, dia meminta orang ramai untuk memberi ruang kepada pasangan itu dan tidak memperbesarkan hal tersebut.

    “Mahalini baru sahaja masuk Islam. Mungkin ada urusan yang perlu diselesaikan dahulu mengenai status itu.

    “Biar mereka fokus uruskan rumah tangga sendiri dan tak perlulah kita bising-bising,” ujarnya.

    Sebelum ini, Rizky dan Mahalini dilaporkan baru menghantar permohonan sah nikah kepada Mahkamah Syariah Jakarta Selatan pada 10 Oktober lalu.

    Pasangan itu diarahkan untuk hadir ke mahkamah pada 4 November depan atas urusan berkenaan. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda