Rizqun tawar promosi Seafood Sizzling

Oleh Syahmi Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 MAC – Rizqun Coffee House telah memperkenalkan promosi makan malam terbaharunya iaitu Seafood Sizzling yang bermula awal minggu ini hingga lewat  bulan ini.

Sepanjang promosi ini, para pelanggan berpeluang menikmati hidangan makanan laut segar dengan pelbagai pilihan sos seperti Singapore Chili Sauce, Demonte Chinese Black Pepper Sauce, Buttermilk Peanut Butter Sauce, Sos Tiga Rasa dan Sambal Tumis.

Cef Nova dari restoran berkenaan menyatakan bahawa pengunjung juga boleh mendapatkan hidangan shellout daripada bufet memasak secara langsung di restoran selain daripada makanan pembuka selera, hidangan utama dan pencuci mulut daripada barisan bufet.

“Kami mempunyai kitaran menu untuk hidangan utama sepanjang hari bekerja (weekdays) dan hidangan utama kami adalah campuran daripada masakan barat, Cina dan Asia seperti Kambing Bakar Air Asam Jawa, Nasi Briyani Udang, Stir Fried Spaghetti Aglio Olio dengan udang, Cendawan dan Basil, Daging masak Lada Hitam Cina dan Sayur Rebung Lemak Cili Api.”

Manakala itu, hidangan pencuci mulut yang dihidangkan termasuk pelbagai buah-buahan segar, ais krim beraneka perisa, pelbagai jenis kek, jeli dan Kuih Melayu serta bubur panas.

Pembuka selera termasuk makanan laut atas ais seperti kerang, smoked salmon dan platter baby octopus dan udang emerald atas kaca.

Tarikan utama lain bufet berkenaan ialah ambuyat dengan cacah, Stesen Mi yang menawarkan Laksa Johor dan Stesen Tempura Makanan Laut yang menawarkan crab stick, kerang, udang, filet ikan dan sotong flower.

Cef Nova berkata bahawa promosi Seafood Sizzling ditawarkan setiap Isnin hingga Jumaat.

Promosi Seafood Sizzling yang boleh didapati dengan pelbagai pilihan sos.