Thursday, April 18, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    RM bakal berkahwin?

    Baru-baru ini tersebar gosip kononnya salah seorang anggota BTS iaitu RM bakal berkahwin dalam masa terdekat.

    Menjawab tentang berita tersebut, agensi yang mewakili RM menegaskan ia adalah satu tuduhan tidak berasas dan akan mengambil tindakan terhadap penyebaran maklumat palsu.

    “Khabar angin tentang RM akan berkahwin adalah tidak berasas. Kami akan terus mengambil tindakan terhadap penyebaran berita palsu melalui YouTube itu,” jelas kenyataan agensi berkenaan.

    Cerita perkahwinan RM mula diperkatakan apabila seorang warganet mendakwa dia mendapat panggil dari rakannya memaklumkan hal berkenaan.

    “Saya menerima panggilan dari rakan ketika kolej memberitahu dia bakal berkahwin. Dia pernah belajar di sebuah universiti ternama dan berasal dari keluarga yang baik.

    “Saya dapat tahu dia bertemu RM dalam satu sesi bertemu peminat. Bakal pengantin itu adalah ketua kumpulan BTS,” katanya.

    Cerita tersebut disebarkan melalui Internet dan ia mula mendapat perhatian ramai. – Agensi

    Baru-baru ini tersebar gosip kononnya RM bakal berkahwin dalam masa terdekat. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Terumbu Sawar Besar alami pemutihan karang paling teruk

    CANBERRA, 17 APRIL - Sebahagian besar Terumbu Sawar Besar yang ikonik di Australia mengalami pemutihan karang pada musim panas 2023-24, menurut laporan kerajaan. Agensi kerajaan...