RM (BTS) derma RM3 juta kepada muzium

Dalam diam rupa-rupanya kumpulan K-pop terkenal BTS iaitu RM telah mendermakan sebanyak lebih RM3 juta kepada National Museum of Modern and Contemporary Art (MMCA).

Memetik laporan Soompi, RM memberikan sumbangan itu sempena menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-16 pada Sabtu, 12 September lalu.

Sumbangan yang diberikan itu akan digunakan untuk mencetak semula buku-buku yang sukar dicari.

Malah, beberapa buah buku tersebut akan dihantar ke sekolah-sekolah rendah, menengah, dan institusi tinggi di 400 lokasi di seluruh negara.

Pengarah muzium tersebut, Yoon Bum Mo berkata, RM berharap dengan perkongsiannya itu dapat membantu anak-anak muda memahami lebih mendalam mengenai hasil kerja seni. – Agensi

RM memberi sokongan kepada industri kesenian dengan sumbangan RM3 juta.