Wednesday, April 24, 2024
29.7 C
Brunei

    -

    RM1.3 juta baiki cerun runtuh di Sandakan bulan depan

    SANDAKAN, 15 JUN – Kerja pembaikan cerun runtuh di sebuah jalan utama menuju pusat bandar Sandakan di sini akan dimulakan bulan depan dengan peruntukan RM1.3 juta, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin.

    Beliau berkata cerun yang runtuh kira-kira enam bulan lepas itu ekoran faktor cuaca yang tidak menentu sejak awal tahun ini, membawa ketidakselesaan kepada penduduk sekitar dan pelajar sebuah sekolah menengah di kawasan berkenaan.

    “Kita perlu perbaiki segera cerun yang runtuh ini disebabkan ia merupakan laluan utama pengguna jalan raya ke pusat bandar, selain ke kawasan sekolah, dan juga bagi menjaga aspek keselamatan pengguna jalan.

    “Kita juga melihat beberapa keadaan infrastruktur jalan raya, jambatan dan tiang lampu yang rosak di beberapa tempat di Sandakan dan akan majukan permohonan peruntukan kepada kerajaan negeri atau pusat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Terdahulu Bung Moktar, yang melawat kawasan cerun runtuh itu, turut meninjau tanah runtuh berhampiran Taman Vun Wu, Jambatan 10 yang roboh di Kampung Sim-Sim dan tiang lampu tumbang di Jalan Batu 5.

    Mengenai rungutan orang ramai tentang kerosakan lampu jalan di beberapa tempat di sekitar bandar Sandakan, Bung Moktar berkata beliau meminta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sabah serta Majlis Perbandaran Sandakan supaya melihat masalah tersebut dan mengemukakan cadangan agar lampu dan tiang yang mengalami kerosakan diganti. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...