Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    RM1.73 juta untuk perkasa belia Sabah jauhi dadah

    KOTA KINABALU, 21 APRIL – Majlis Tindakan Membanteras Dadah (MTMD) Sabah meluluskan sejumlah RM1.73 juta kepada Majlis Belia Sabah (MBS) untuk mengadakan program pemerkasaan belia dan kempen kesedaran penyalahgunaan dadah, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

    Hajiji yang juga Pengerusi MTMD berkata ini selaras dengan objektif Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) iaitu pembangunan modal insan dan golongan belia merupakan aset penting bagi negeri ini.

    “Saya berharap semua program itu akan diselaraskan dengan Kementerian Belia dan Sukan negeri serta Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Sabah,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat pertama MTMD Sabah tahun ini di Menara Kinabalu di sini hari ini.

    Ketua Menteri pada mesyuarat itu berkata sebanyak RM464,000 turut diluluskan untuk AADK Sabah menjalankan kempen kesedaran awam melalui pengiklanan papan iklan di 32 lokaliti di seluruh negeri. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...