Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    RM100,000 disalurkan bantu pemain, pegawai Sarawak United FC 

    KUALA LUMPUR, 26 OGOS – Liga Bolasepak Malaysia (MFL) memotong dana hak penyiaran Sarawak United FC sebanyak RM100,000, untuk disalurkan kepada pemain dan pegawai pasukan itu yang berdepan masalah tunggakan gaji ketika ini.

    Keputusan itu dicapai sebulat suara dalam Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah MFL keempat 2021-2025 yang dipengerusikan Presiden MFL Datuk Ab Ghani Hassan semalam, bagi meringankan beban dipikul pemain dan pegawai Sarawak United.

    “Pembayaran kepada pemain Sarawak United FC yang terlibat akan disalurkan Persatuan Pemain-pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM),” menurut kenyataan MFL hari ini.

    MFL yang memandang serius isu tunggakan gaji melibatkan Sarawak United, mengarahkan pasukan itu untuk menyelesaikan masalah tersebut dalam tempoh 14 hari berkuat kuasa hari ini. Sarawak United turut berdepan kemungkinan tidak dibenarkan bertanding dalam saingan Piala Malaysia sekiranya masalah itu tidak diselesaikan dalam tempoh diberikan. – Bernama

    Datuk Ab Ghani Hassan berkata keputusan itu dibuat bagi meringankan beban dipikul pemain dan pegawai Sarawak United.- Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...