Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    RM135 juta untuk pembangunan sektor agromakanan Sabah

    KOTA KINABALU, 7 APRIL– Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) memperuntukkan kira-kira RM135 juta bagi membangunkan sektor agromakanan di Sabah pada tahun ini, kata Menterinya Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.

    Beliau berkata peruntukan tersebut disalurkan kepada jabatan dan agensi di bawah kementerian termasuk Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian (MARDI) Sabah dalam usaha memacu pertumbuhan industri agromakanan berasaskan kepada makanan tempatan di negeri itu.

    Ronald berkata bagi Sarawak, kementeriannya memperuntukkan kira-kira RM150 juta bagi memastikan negeri itu dapat turut sama membangunkan potensi sektor tersebut ke arah merealisasikan matlamat digariskan dalam Dasar Agromakanan Negara 2.0.

    “Kita banyak bercakap tentang sektor agromakanan kerana kita ingin memastikan keselamatan bekalan makanan negara sentiasa terjamin dan ini (terdapat) dalam Dasar Agromakanan 2.0 untuk melihat sektor agromakanan menyumbang kepada KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) dan pembangunan ekonomi negara,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja ke MARDI Sabah di sini hari ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...