Tuesday, October 15, 2024
28.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    RM2 gunting rambut di rumah

    MUAR, 2 Feb – Permainan video komputer semasa menuntut di kolej tahun lepas telah mempengaruhi minda seorang pemuda berusia 29 tahun untuk mengubah haluan dalam memilih bidang kerjayanya.

    Biarpun memiliki ilmu dalam bidang kewangan, Muhammad Hafidz Ahmad, 29, mengambil keputusan untuk menjadi seorang tukang gunting rambut dengan menawarkan khidmat ke rumah perlanggan dengan bayaran serendah RM2.

    Lepasan diploma jurusan akaun dan kewangan itu berkata beliau menawarkan khidmatnya setelah mendapat ilham daripada permainan komputer.

    Katanya, idea tersebut tercetus apabila tertarik dengan teknik peniagaan dalam permainan komputer dan berazam untuk membuka sebuah kedai gunting rambut pada masa hadapan.

    Muhammad Hafidz Ahmad menggunting rambut seorang pelanggannya di sebuah surau di Muar semalam. – Bernama
    Muhammad Hafidz Ahmad menggunting rambut seorang pelanggannya di sebuah surau di Muar semalam. – Bernama

    “Bagi saya, untuk memulakan perniagaan kita perlu mendapat idea yang pelik, saya dapat idea menawarkan perkhidmatan gunting rambut ini bukan hanya untuk mencari keuntungan semata-mata.

    “Sebaliknya bagi membantu golongan kurang upaya seperti warga emas ataupun uzur mendapat perkhidmatan gunting rambut.

    “Saya hanya mengenakan bayaran RM2 kerana mahu beramal kepada orang ramai…alang-alang mulakan perniagaan, apa salahnya jika saya turut beramal membantu mereka yang tidak berkemampuan,” kata anak kedua daripada enam beradik kepada pemberita di sini hari ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda