Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    RM500 bantuan khas Aidilfitri, Gawai pada penjawat awam Sarawak 

    KUCHING, 6 APRIL – Kerajaan Sarawak bersetuju memberi Bantuan Khas Aidilfitri dan Gawai sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam negeri itu.

    Pejabat Premier Sarawak dalam kenyataan hari ini memaklumkan bantuan itu akan dibayar pada bulan ini iaitu sebelum menjelang Hari Raya Aidilfitri dan Gawai Dayak yang akan datang.

    “Pemberian ini adalah bagi menghargai jasa dan pengorbanan anggota Perkhidmatan Awam Sarawak dalam menggalas tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat terutamanya semasa negeri dan negara menghadapi tempoh yang penuh cabaran ini.

    “Kerajaan juga berharap pemberian bantuan ini dapat meringankan beban kewangan para pegawai Perkhidmatan Awam Sarawak serta menjadi insentif kepada mereka untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi,” menurut kenyataan itu. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...