RM500,000 dana bantu pelajar UMS

KOTA KINABALU, 2 APRIL – Kerajaan Negeri Sabah hari ini menyerahkan sumbangan dana bantuan makanan bernilai RM500,000 kepada Universiti Malaysia Sabah (UMS) bagi membiayai keperluan dan kebajikan para pelajar universiti itu sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sumbangan itu disampaikan oleh Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah, Datuk Dr Yusof Yacob kepada Naib Canselor UMS Prof Datuk Dr Taufiq Yap Yun Hin dan turut disaksikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Safar Untong pada satu majlis ringkas di sini. – Bernama