RM925 juta dana berkaitan 1MDB sudah dikembalikan

KUALA LUMPUR, 12 JULAI – Sebanyak RM925.1 juta dana berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah dikembalikan kepada pihak kerajaan setakat ini, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Dalam kenyataan media hari ini, beliau berkata, dana tersebut diperolehi dalam mata wang pelbagai denominasi dan sejumlah RM805.8 juta telah dikembalikan daripada Amerika Syarikat. “Daripada RM805.8 juta itu, RM567.8 juta diterima daripada Park Lane Hotel, Manhattan dan RM238 juta daripada Syarikat Pembikinan Filem Red Granite,” jelas beliau.

Menjelaskan lebih lanjut mengenai pecahan dana, Lim berkata RM92.3 juta diperoleh daripada Singapura manakala RM27 juta diperolehi di dalam negara, di mana RM6.1 juta adalah menerusi Yayasan 1MDB dan RM20.9 juta adalah kepada syarikat itu sendiri. “Ini adalah hasil usaha pihak berkuasa negara termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), dan Jabatan Peguam Negara, berserta dengan kerjasama pihak berkuasa luar negara. – Bernama