RMK12: Sabah, Sarawak terima sehingga 18% setahun

KUALA LUMPUR, 27 SEPT – Sabah dan Sarawak masing-masing akan menerima antara 15 peratus hingga 18 peratus setahun daripada jumlah peruntukan pembangunan asas dalam tempoh Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).

Menurut dokumen RMK12 yang dikeluarkan Unit Perancang Ekonomi, peratusan yang lebih tinggi daripada peruntukan itu akan diagih kepada sektor ekonomi di kedua-dua negeri yang seterusnya menyumbang kepada peningkatan infrastruktur dan kemudahan asas di Sabah dan Sarawak.

Selain itu, sepanjang tempoh 2021-2025, lima bangunan Mahkamah Anak Negeri akan dibina di Sabah, sementara 10 Mahkamah Bumi-putera di Sarawak bakal dinaik taraf untuk memberi perkhidmatan lebih baik kepada komuniti. 

“Kerajaan juga menetapkan sasaran untuk melaksanakan pemetaan tanah adat seluas 65,000 hektar di Sabah dan 397,000 di Sarawak se-panjang lima tahun RMK12,” demikian menurut dokumen itu yang dikeluarkan hari ini.

Turut diberi perhatian adalah Perjanjian Malaysia 1963 (MA 63) yang proses penyerahan kuasa kawal selia gas dan elektrik di bawah perjanjian tersebut akan diteruskan dalam RMK12 dengan pindaan terhadap beberapa klausa perundangan selain mewujudkan badan kawal selia. – Bernama