Monday, October 2, 2023
22.6 C
Brunei

    -

    Robert Pattinson lelaki paling tampan di dunia

    Pakar pembedahan plastik selebriti telah mendedahkan bahawa pelakon Robert Pattinson, 36, merupakan lelaki paling kacak di dunia menurut kaedah kajian saintifik.

    Dr Julian De Silva yang merupakan pakar pembedahan plastik di Harley Street, London menggunakan teknologi ‘mapping’ untuk mencari wajah yang sesuai dengan piawaian kecantikan Yunani Purba.

    Menurut mirror.co.uk, doktor itu mendapati pelakon Hollywood itu telah mengatasi individu lain yang menjadikannya menerima keputusan 92.15 peratus untuk ujian kesempurnaan.

    Foto-foto selebriti itu diambil sebagai subjek dalam ujian dan melihat kadar bentuk muka sebagai kajian.

    Hasil kajian menunjukkan selebriti Hollywood itu mempunyai wajah dan perincian yang paling sempurna.

    Robert menduduki tempat pertama dalam kajian tersebut, seterusnya diikuti oleh pelakon Henry Cavill dan Bradley Cooper di kedudukan ketiga.

    Untuk info, Robert memegang watak utama sebagai Bruce Wayne dalam filem adiwira terkenal, Batman. Pelakon ini sebelumnya pernah popular menerusi siri filem Twilight gandingan bersama Kristen Stewart. – Agensi

    Bintang filem Twilight dikatakan lelaki paling kacak di dunia. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Ikan paus langgar bot, 1 maut, 1 cedera  

    SYDNEY, 1 OKT - Seorang lelaki maut dan seorang lagi cedera selepas seekor ikan paus melanggar sebuah bot di luar pantai timur Australia, kelmarin,...

    Singa baham tuan